Al-kisahnye.. haha iaa bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.
Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.
Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konco-konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?
Untuk melihat kesudahannya, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama komedi seram terbaru Ceplos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.. haha..